Monday, October 15, 2012

Lebih dari sekadar si tudung labuh...


jangan tudung je labuh....
tapi susah nak bangun subuh...
empat waktu lagi ditangguh2....
bila ditegur, dituduhnya cari gaduh...

jangan tudung je panjang,
diajak jemaah katanya sibuk memanjang...
lagi senang solat sorang2...
nk jemaah bz, tp utk fb sentiasa lapang...
bila bercakap, mesti nak menang...

jangan tudung je ustazah...
masa lain asyik nak marah2....
memang orang lari, x nak dekat dah...
katanya orang suka carik salah...

jangan dgn tudung je bangga...
kita nak masuk syurga bukan dengan tudung saja....
dalam kubur nnti, malaikat tnya pasal solat juga...
pandai jaga, atau pandai kata?

-ckp kat diri sendiri, tapi kalau nk terasa jugak, bgus kot terasa tu... terasa dan improve-

selamat malam bidadari...

tidurlah dalam ketenangan, wahai hati...
bangunlah esok dengan keindahan...
semoga warnamu esok menyinari pudar warna dunia...
ukirlah kalam Allah dalam hatimu..
semoga ibrahnya mencantikkan dirimu di sisi-Nya..


Thursday, September 13, 2012


Bismillahirrahmanirrahim…
Mengapa saya berniqab? Mengapa? Soalan ni pantas dilontarkan tatkala diri masih berkira-kira untuk memulakan… perang batin antara mahu atau tidak sering berlaku dalam minda, ibarat sebuah panggung wayang di mana watak utamanya berperang dan menentang watak jahat, dan akhirnya menang. Tapi realiti tak selalu begitu. Perang batin baik dan jahat dalam diri tak selalunya dimenangi oleh pihak yang benar. Iman manusia yang turun naik sentiasa berlawan dengan nafsu yang ingin menguasai akal, seterusnya anggota badan bagi melaksanakannya.
Mengapa niqab? Apa hukumnya? Apa tujuannya? Apa manfaatnya? Apa kesan sampingannya? Ibu bapa bagaimana? Inilah antara soalan-soalan utama ketika diri mencari hujah untuk berniqab, seperti soalan-soalan pokok yang digunakan untuk menghuraikan isi karangan.

Mengapa berniqab? Soalan ini akan dijawab oleh dengan jawapan bagi soalan-soalan seterusnya. Apa hukumnya? Saya bukanlah pelajar jurusan agama mahupun ulama besar yang terkenal dengan dalamnya ilmunya. Saya cumalah seorang pelajar muslimah jurusan bioteknologi yang masih mentah dahagakan ilmu dan cinta Allah dan akan (insyaAllah)bermatian mengejar syurga Allah. Memadailah saya katakan bahawa saya yakin akan sunat hukum berpurdah. Purdah isu khilaf, banyak fatwa mengenainya, namun saya memilih untuk mengenakan purdah walaupun lebih utama untuk tidak berpurdah pada zaman dan situasi sekarang. Saya bersyukur tinggal di Negara Islam yang mana solat bukanlah dicap sebagai perhimpuan haram pertubuhan keganasan, jadi bagi saya tidak menjadi masalah untuk saya mengenakan secebis kain di wajah.

Apa tujuannya? Cuma satu. Mengejar redha Allah. Mengikuti sunnah Ummul Mukminin itu dicintai Allah. Jadi, saya mahu menjadi orang yang dicintai Allah. Bukan untuk menarik ‘lelaki soleh’, bukan untuk menunjuk baik, bukan untuk menjadi ustazah.

Apa manfaatnya? Tak terkira.  Yang tertutup itu istimewa, lebih terlindung daripada pandangan-pandangan orang yang sakit hatinya, lebih dihormati rasa lebih selamat dan secara langsung, purdah menjadi ‘reminder’ kepada diri kita selaku muslimah supaya menjadi sebenar-benar muslimah. ‘’aku pakai purdah:aku mngumpat’’ tak sesuai bukan? “aku berpurdah: aku bercinta dengan lelaki yang belum jadi suamiku” aneh bukan? “aku berniqab: aku malas solat di awal waktu”. Bersoal-jawablah dengan diri sendiri sebelum bersoal-jawab dengan Allah pada hari kiamat nanti.
Apa kesan sampingannya? Tak banyak jika dibandingkan dengan manfaatnya. Kesannya, mungkin sukar sedikit untuk makan di luar. Ada akhwat yang memilih untuk duduk di tempat yang tersorok kemudian membuka niqabnya supaya dapat makan dengan selesa, ada yang memlih untuk makan tanpa membukan niqab, dan ada yang memilih untuk membawa niqab lebih supaya mudah ditukar andai tercalit kotoran.

Ibu bapa bagaimana? Kalau nak dihuraikan yang ini, panjang lebar nanti kisahnya. Ibu bapa saya tak menghalang dengan syarat saya pandai membawa diri, jangan mencemarkan imej wanita berpurdah. InsyaAllah akan istiqamah. Kalau ibu bapa menentang, saya nasihatkan, ikut kata-kata ibu bapa lebih utama daripada isu khilaf seperti purdah. Mintalah izin suami untuk berpurdah saat sudah menjadi miliknya yang sah. Mungkin suami akan memberi sokongan penuh,wallahua’lam. Berniqab tak semetinya lebih baik daripada yang memilih untuk tidak berniqab, sama juga yang tidak berniqab juga tak semestinya lebih baik. Iman itu rahsia Allah. Kita Cuma mampu berusaha, dengan izin Allah jualah segala ketetapan.

Wallahua’lam.

Wednesday, August 8, 2012

-ukhuwwah semanis madu-

Bersama kamu aku rindu
Akan ukhuwwah semanis madu
Sesuci salju
Semerdu irama lagu

Sepintas lalu
Aku berteka teki
Apa mahalnya?
Dari mana datangnya?
Bila titik permulaannya

Masing-masing menyulam kenangan
Yang lembar-lembarnya ditulis setiap hari
Dengan warna warni yang pelbagai
Dengan corak-coraknya yang abstrak
Dengan ceritanya disusun rapi
Di dalam kotak hati

Nukilan dititip
Tanda ingatan diri
Mohon khilafnya diampuni
Hingga kita tersenyum bersama nanti
Di syurga Illahi(amin..)